Followers

Get Faster Traffic Here!!!


Saturday, November 27, 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB B...


Social Sharing RM 800.00 left to be rewarded

Celcom Biz

Staying connected has never been this easy. Share to your friends and loved ones on getting updates on work and leisure while on the go with the new Celcom BlackBerry Bold 9780 and BlackBerry Torch 9800 Biz promotion. Receive emails from your personal and business accounts, browse through your favourite sites and stay in contact via instant messaging, mobile calls and so much more! Share the #CelcomBiz promo today!


http://www.churpchurp.com//share/celcombizbb

Thursday, November 25, 2010

| Hasil Seni Kait Ariena |: The Crochet Designer - | Koleksi Crochet Ariena |

Semua ini adalah hasil seni kait ariena. Sebarang hakcipta adalah terpelihara. Anda dilarang sama sekali mencetak, mengedit, mengopy atau apa sahaja bentuk untuk kegunaan peribadi atau komersil. Segala pertanyaan sila hubungi alamat yang tertera diatas.

 


Saturday, November 20, 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: KISAH ANAKKU - | RAGAM DAN KARENAH ANAK |

Gambar2 dibawah ini menunjukkan betapa kelakarnya anak aku. mula2 aku tengok dia asyik bermain dengan buku ABC dia.. aku pun biarkanlah aje dia memerhati buku untuk sesi pembelajaran dia. Apabila aku asyik bermain dengan FACEBOOK aku pun toleh memerhati gelagatnya. aku heran kenapalah dia duduk tertiarap diatas simen yang tak berlapik tu.. rupa-rupanya.. dia TIDURRRRRRRRRRRRRRRRRRR !!!! kuang kuang kuang


10/11/2010

aku ingat dia buat aper lah time ne,,,,,next pic seterusnya,,,,



10/11/2010

kuang3.....tidur sudah walahal baru jew aku tengok dia duk main2 dengan buku yang d koyak kan nya tu,,,,



10/11/2010

aku apew lagi ambik loo gambonya,,,huuuhuh,,,,,baru aku angkat dia huhuhuhuuh,,,,,nasib lah icha oooooiiiii...


Thursday, November 18, 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: PROGRAM KAUNSELING BAKA PDRM - BALAI POLIS TAMBUN

TAMBUN, Khamis 18 November 2010 - Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah dikunjungi oleh BAKA PDRM bagi meneruskan aktiviti kaunseling secara berkelompok. Semua anggota daripada Balai Polis Tambun telah hadir bagi menjayakan aktiviti/program kaunseling ini. Pegawai Psikologi Puan Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin ( KB. PA ) dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibupejabat Polis Daerah Ipoh telah hadir memberikan taklimat serta penerangan mengenai tujuan kehadiran beliau ke Balai Polis Tambun dan seterusnya memberikan sedikit kaunseling mengenai kerjaya, kewangan, keluarga serta modal insan. Ini menunjukkan bahawa unit ini sangat penting bagi membina semula semangat serta etika anggota untuk memperjuangkan diri didalam kerjaya sebagai seorang anggota polis. Bagi pihak Balai Polis Tambun, diucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan yang bermanafaat ini. Semoga diperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini di Balai Polis Tambun. Sekian Terima Kasih... Salam 1 Malaysia.

 

 

Untuk Lihat Lebih Banyak Gambar Klik Disini


KAUNSELING BAKA 

Wednesday, November 17, 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: MAJLIS KORBAN BALAI POLIS TAMBUN | INFO SEJARAH |

TAMBUN, Rabu 17 November 2010 - Tumbangnya seekor lembu sumbangan daripada Dato' Rusnah Kassim ( Adun Ulu Kinta ). Majlis korban ini berjalan dengan lancar bermula jam 10.00pagi setelah selesai solat aidiladha di Masjid Tambun, Ipoh, Perak. Turut hadir menjayakan majlis korban ini adalah Ketua Polis Balai Tambun, Ketua Polis Balai Tanjung Rambutan, Ketua Polis Balai Tanah Hitam dan anggota serta kakitangan awam. 


Setelah selesai melapah dan membahagikan daging korban, semua jemputan dihidangkan dengan pelbagai juadah diantaranya SUP TULANG, Nasi Himpit, Rendang serta pelbagai lagi. Semangat kerjasama yang ditunjukkan dikalangan anggota membuatkan majlis ini bertambah meriah. Bagi pihak Balai Polis Tambun, sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan majlis ini.

 


UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR KLIK 


Sekian Terima Kasih,

Salam 1 Malaysia 

Sunday, November 14, 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN - BALAI POLIS TAMBU...

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN - BALAI POLIS TAMBUN

TAMBUN, Isnin 15 November 2010 - Hari ini Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah melakar sejarah tersendiri kerana buat kali pertama dalam sejarah menerima (1) ekor lembu untuk di korbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Majlis penyerahan lembu korban tersebut telah di sempurnakan sendiri oleh Dato' Rusnah Kassim ( Adun Ulu Kinta ). Turut menjayakan majlis tersebut adalah SM Hamdan ( OCS Balai Tambun ), SI Kamaruddin ( OCS Balai Tanjung Rambutan ) dan OCS Tanah Hitam. Ucapan setinggi-tinggi perhargaan buat Dato' Rusnah Kassim kerana sudi menyumbangkan lembu korban serta menyermpurnakan majlis tersebut, bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung juga diucapkan ribuan terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.


UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR MAJLIS SILA


SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, November 10, 2010

| Hasil Seni Kait Ariena |: Kunjungi Ariena Crochet Design Galeri - | Macam-Ma...

Dibawah ini menunjukkan pelbagai hasil menarik yang telah di lakukan oleh ARIENA CROCHET. Segala tempahan telah dilaksanakan dengan baik dan segera. Bagi mereka yang meminati hasil kaitan Ariena, anda boleh menghubungi kami dengan kadar segera. Segala komen atau cadangan anda boleh menghubungi kami melalui talian telefon atau alamat email kami iaitu : ariena_30@yahoo.com atau terus ke blog kami : Ariena Crochet. Segala informasi anda akan memberikan kami mutu perkhidmatan yang terbaik.


TERIMA KASIH




Related Posts with Thumbnails